Selasa, 19 April 2011

PROGRAM 1 GURU 1 MURID 1 BUKU 1 MINGGU

      Program 1 Guru 1 Murid 1 Buku 1 Minggu merupakan satu program yang dijalankan kepada semua guru bagi meningkatkan pembacaan guru pada setiap minggu. Berikut merupakan contoh sinopsis bacaan:

 1.    Judul                    : Insaf (Perjalanan Kami Mencari Tuhan)
2.    Pengarang          : Zulkarnain Zakaria
3.    Penerbit               : Utusan Karya Sdn. Bhd.
4.    Pembaca             : Cik Nurul Farhanah Binti Mesir
5.    Tarikh                   : 08/04/2011
6.    Sinopsis              :
Buku ini merupakan sebuah buku yang istimewa untuk dijadikan pedoman dan panduan hidup. Terdapat 34 buku cerita menarik berkisar kepada kejadian-kejadian luar biasa, aneh dan menginsafkan yang dilalui oleh seseorang sepanjang perjalanannya untuk mencari keredhaan Ilahi. Tujuan utama buku ini diterbitkan adalah tidak lain dan tidak bukan untuk dijadikan pedoman dan iktibar oleh para pembaca dalam meneruskan kehidupan yang sementara ini.
Secara ringkasnya cerita – cerita yang terdapat di dalam buku ini adalah tentang sebahagian daripada kita yang berusaha untuk bertaubat dan mendekatkan diri kepada Allah manakala yang sebahagian lagi terus lalai dan akhirnya kembali menghadap Ilahi dalam keadaan yang menyedihkan. Sebahagian daripada mereka itu terus lalai sehinggalah sampai saat Izrail datang untuk mencabut nyawa.
Sebahagian daripada kisah-kisah yang menginsafkan ini merupakan cerita-cerita terbaik yang pernah disiarkan oleh majalah Mastika sejak tahun 1996. Manakala sebahagian lagi merupakan cerita-cerita baru yang disiarkan khas untuk buku ini termasuk artis terkenal seperti Datuk Malek Noor, Noor Kumalasari, Izam E.Y.E dan Dj Irwan Shah.

Sistem Pengkelasan Dewey Ringkasan Kedua

100 FALSAFAH
110 Wujudiah
120 Ilmu, sebab, tujuan, manusia
130 Psikologi biasa dan ghaib
140 Pendapat falsafah tertentu
150 Psikologi
160 Ilmu Mantik
170 Etika (akhlak)
180 Falsafah Timur
190 Falsafah Barat     

000 KARYA AM
010 Bibliografi
020 Sains Perpustakaan
030 Ensiklopedia
040 (belum ditentukan perkaranya)
050 Terbitan Berkala AmPsikologi
060 Pertubuhan Am
070 Kewartawanan
080 Koleksi Karya Am
090 Manuskrip dan Buku Nadir

200 AGAMA 
210 Agama Ketuhanan
220 Kitab Injil (Agama Kristian)
230 Asas Ajaran Kristian
240 Moral dan Ibadat Kristian
250 Urusan Padri, Kariah Gereja
260 Aspek Sosial dan Hal Ehwal Kristian
270 Sejarah dan Geografi Kristian
280 Mazhab dan Puak Kristian
290 Lain-lain Agama  

300 SAINS KEMASYARAKATAN
310 Perangkaan
320 Sains Politik
330 Ekonomi
340 Undang-undang
350 Pentadbiran Awam
360 Perkhidmatan Sosial
370 Pendidikan
380 Perniagaan dan Perhubungan
390 Adat Resam dan Budaya Rakyat

400 BAHASA
410 Linguistik
420 Bahasa Inggeris
430 Bahasa German
440 Perancis, Provencal, Catalan
450 Bahasa Itali, Rumania, dsb.
460 Portugis dan Sepanyol
470 Bahasa Latin dan Italic
480 Bahasa Greek Klasik dan Moden
490 Lain-lain Bahasa

500 SAINS TULEN & MATEMATIK 
510 Ilmu Hisab
520 Astronomi
530 Fizik
540 Kimia
550 Sains Bumi
560 Kajifosil
570 Sains Hayat
580 Sains Tumbuhan
590 Sains Haiwan

600 TEKNOLOGI (SAINS GUNAAN)
610 Sains Perubatan
620 Kejuruteraan
630 Pertanian
640 Sains Rumahtangga
650 Perkhidmatan Pengurusan
660 Teknologi Kimia
670 Hasil Perusahaan Kimia
680 Hasil Kilang Lain
690 Bangunan

700 KESENIAN  
710 Seni Taman
720 Seni Bina
730 Arca
740 Lukisan dan Seni Hiasan
750 Mengecat dan Catan
760 Seni Grafik
770 Seni Foto
780 Muzik
790 Seni Hiburan dan Lakonan

800 KESUSASTERAAN 
810 Kesusasteraan Amerika
820 Kesusasteraan Inggeris
830 Kesusasteraan German
840 Kesusasteraan Perancis dan sebagainya
850 Kesusasteraan Itali, Rumania dan sebagainya
860 Kesusasteraan Sepanyol, Portugis
870 Kesusasteraan Latin
880 Kesusasteraan Yunani (Greek)
890 Kesusasteraan Bahasa Lain

900 GEOGRAFI & SEJARAH
910 Geografi dan Lawatan
920 Biografi Am dan Salasilah
930 Sejarah Am Dunia Purba
940 Eropah
950 Asia
960 Afrika
970 Amerika Utara
980 Amerika Selatan
990 Bahagian Dunia Lain


Cara Untuk Memproses Buku Di Perpustakaan


1) Buku yang dibekalkan telah diperiksa kualiti, kuantiti oleh guru perpustakaan


2) Buku dicop label perpustakaan di bahagian kulit depan, kulit belakang dan di muka surat rahsia

3) Buku dicop dengan label nombor perolehan, nombor panggilan dan tarikh 

4) Buku ditampal dengan nombor siri automasi

5) Buku-buku tersebut diisi dengan nombor perolehan, nombor panggilan dan tarikh

6) Tulang buku dilabel dengan pelekat yang ditulis dengan nombor panggilan dan tiga huruf awalan pengarang buku (nombor buku)

7) Kad pulang ditampal di bahagian dalam kulit buku hadapan, kad pinjam ditampal di bahagian dalam kulit buku belakang

8) Buku-buku disampul dengan sampul plastik

9) Buku-buku direkod ke dalam borang kad perolehan

10) Buku siap diproses dan dimasukkan ke dalam rak

Isnin, 18 April 2011

Panduan Peraturan di Pusat Sumber

Ahli Jawatankuasa Pusat Sumber SMK TUNKU MAHMOOD ISKANDAR

1. Pengerusi : Tn. Hj. Mohd Najib bin Abd. Rahman
2. Timbalan Pengerusi : Pn. Zainun binti Shato
3. Penyelaras : En. Norhizam bin Ahmad
4. Setiausaha : Pn. Norazah binti Mohd Sahari
5. AJK Perpustakaan : 1)En. Mazlan bin Abd Rahim
                                          2)Tn. Hj. Abd Rahman bin Isnin
6.Penyelaras Nilam (Bahasa Inggeris) : Pn. Norhidayah binti Awai
7.Penyelaras Nilam (Bahasa Melayu) : En. Mohd Amin bin Ahmad
           


Selamat datang..

Selamat datang ke blog Pusat Sumber Sekolah.. Semoga blog ini dapat dimanfaatkan dengan sepenuhnya oleh semua pihak. Justeru itu, sebarang komen, ulasan dan cadangan boleh dikemukakan kepada kami...

 Keadaan dalam Pusat Sumber Sekolah.

 Kaunter Pusat Sumber sekolah.

Sudut NILAM

Carta Organisasi