Selasa, 19 April 2011

Cara Untuk Memproses Buku Di Perpustakaan


1) Buku yang dibekalkan telah diperiksa kualiti, kuantiti oleh guru perpustakaan


2) Buku dicop label perpustakaan di bahagian kulit depan, kulit belakang dan di muka surat rahsia

3) Buku dicop dengan label nombor perolehan, nombor panggilan dan tarikh 

4) Buku ditampal dengan nombor siri automasi

5) Buku-buku tersebut diisi dengan nombor perolehan, nombor panggilan dan tarikh

6) Tulang buku dilabel dengan pelekat yang ditulis dengan nombor panggilan dan tiga huruf awalan pengarang buku (nombor buku)

7) Kad pulang ditampal di bahagian dalam kulit buku hadapan, kad pinjam ditampal di bahagian dalam kulit buku belakang

8) Buku-buku disampul dengan sampul plastik

9) Buku-buku direkod ke dalam borang kad perolehan

10) Buku siap diproses dan dimasukkan ke dalam rak

Tiada ulasan:

Catat Ulasan